Apa itu "pemikiran " ? Pemikiran ialah sesuatu yang bergantung kepada anggota badan iaitu otak .
Segala bentuk pemikiran atau idea itu terhasil daripada gabungan sel-sel otak yang berhubung dengan baik.
DEFINISI
PEMIKIRAN
Mengikut
John Barell ( 1991 ) pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai
keputusan yang wajar .
KONSEP
PEMIKIRAN
Proses
membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.
JENIS-JENIS
PEMIKIRAN
Pemikiran
ASOSIATIF :
Imaginasi
yang tidak tetap dan tidak berarah.
PEMIKIRAN
BERPANDU :
Memahami
masalah dan sedar objektif yang harus dicapai.
PEMIKIRAN
KRITIS :
Pemikiran
yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan
menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik ( menyeluruh) dan melihat
masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah
dengan berfikiran secara logik.
Ciri-Ciri
Pemikiran Kritis
Pemikiran
kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang bersifat
konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah.
Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
1)konsisten
Pemikiran
yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia
tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti
bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah.
2)Logikal
Logikal
merujuk kepada logik. Logik akan menentukan sejauh mana sesuatu itu benar atau tidak dan ia bergantung
kepada akal iaitu otak.
3)Analisis
Analisis
bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu
dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu.
6)Kritikal
Kritikal
bermaksud menimbang. Seperti contoh menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal
sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah
penting dalam kemahiran pemikiran kritis.
Akhir
sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak berat sebelah iaitu tidak menyebelahi
mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Pemikiran yang bersifat tidak
berat sebelah ini membolehkan individu itu berfikiran secara rasional dan waras
dalam membuat penilaian tentang sesuatu perkara.
BIBLIOGRAFI :
- http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran#scribd