APA ITU PEMIKIRAN ?


Apa itu "pemikiran " ? Pemikiran ialah sesuatu yang bergantung kepada anggota badan iaitu otak .
Segala bentuk pemikiran atau idea itu terhasil daripada gabungan sel-sel otak yang berhubung dengan baik.

DEFINISI PEMIKIRAN

Mengikut John Barell ( 1991 ) pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar .

KONSEP PEMIKIRAN

Proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran ASOSIATIF :

Imaginasi yang tidak tetap dan tidak berarah.

PEMIKIRAN BERPANDU :

Memahami masalah dan sedar objektif yang harus dicapai.




PEMIKIRAN KRITIS :

Pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik ( menyeluruh) dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dengan berfikiran secara logik.


Ciri-Ciri Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.



1)konsisten

Pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak  berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah.

2)Logikal

Logikal merujuk kepada logik. Logik akan menentukan sejauh mana  sesuatu itu benar atau tidak dan ia bergantung kepada akal iaitu otak.

3)Analisis

Analisis bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu.



6)Kritikal


Kritikal bermaksud menimbang. Seperti contoh menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam kemahiran pemikiran kritis.

Akhir sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak berat sebelah iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Pemikiran yang bersifat tidak berat sebelah ini membolehkan individu itu berfikiran secara rasional dan waras dalam membuat penilaian tentang sesuatu perkara.

BIBLIOGRAFI  :
  • http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran#scribd    


 
 
 

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - JSH Hub
    Discover Harrah's Cherokee 성남 출장안마 Casino Resort, Cherokee. Featuring 과천 출장샵 24/7 순천 출장안마 Vegas-style casino gaming and 서울특별 출장안마 a 24/7 poker room, Harrah's 평택 출장샵 Cherokee Casino Resort is

    ReplyDelete