JENIS BAJU KURUNG YANG TERDAPAT DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA


Baju kurung merupakan pakaian khas untuk kaum perempuan . Namun kewujudan baju kurung ini belum dapat dipastikan dari segi sejarahnya. Akan tetapi ,baju kurung dikaitkan dengan perkataan yang dipetik di Mesir iaitu ' djallabiyah '  yang membawa maksud ' baju longgar ' . Meskipun persoalan yang timbul tentang sejak bila baju kurung ini dipakai dan siapakah yang mula-mula menciptanya timbul namun apa yang boleh dipastikan pemakaian baju kurung ini telah digunakan di seantero Nusantara.

  • Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.

  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, mereka telah mempunyai baju kurung mereka yang tersendiri iaitu bajunya lebih singkat dan ketat. Namun reka bentuk baju itu dipercayai digubah oleh Tun Hassan Temenggung . Rekaan baju kurung yang digubah itu lebih pajang , labuh dan berleher bulat.

ANTARA CONTOH-CONTOH BAJU KURUNG : 

BAJU KURUNG JOHOR .


Baju kurung Teluk Belanga atau dikenali baju kurung johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar ketika baginda bersemayam di Teluk Belanga, Singapura sebelum berpindah ke Tanjung Puteri ( iaitu Johor pada hari ini ) . Baginda sultan telah mentitahkan supaya baju kaum perempuan hendaklah labuh hingga bawah lutut dan dan beralas leher halus dan tidak berkocek.

Terdapat pelbagai bentuk sulaman mata lalat tulang belut dan insang pari. Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah bersetuju mengubah rekaan baju kurung itu mengikut Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad . Antara yang diguba pada baju kurung itu ialah ditambahkan kocek dan mengenakan kain bersusun di sebelah kiri.

Terdapat dua jenis baju kurung yang terdapat di johor iaitu Baju Kurung Teluk Belangan dan Baju Kurung Cekak Musang. Kedua - dua baju ini hampir sama namun mempunyai perbezaan dari segi jahitan. Selain itu , pada leher  baju Kurung Teluk Belanga hanya bulat manakala Baju Kurung Cekak Musang mempunyai kolar selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Potongan baju ini dipercayai menerima pengaruh dariIndia dan China.



BAJU KURUNG TELUK BELANGA




BAJU KURUNG CEKAK MUSANG








BAJU KURUNG MELAKA

Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung teluk belanga dengan mempunyai hiasan dada dihiiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci.






BAJU KURUNG PAHANG.

Baju Kurung Pahang atau dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahangadalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.








BAJU KURUNG KEDAH


Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar dan diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sireh. Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung. Kain sarung diikat ambak mengalur dan di masuk sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.









BAJU KURUNG PERAK

 Baju kurung perak ini sukar untuk dapat dilihat pada zaman kini. Baju kurung ini pada kebiasaanya pada zaman dahulu dipakai oleh puteri di perak. Reka bentuk baju ini juga berbeza daripada baju kurung yang lain kerana ia memakai seluar  dan sampin . Selain rekaan baju ini juga mempunyai persamaan dengan baju kurung cekak musang kerana mempunyai kolar. 









BAJU KURUNG NEGERI SEMBILAN


Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.

Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dihias pula dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera


  • Pakaian adat berasal dari Sumatera Barat. Lelaki berbaju Kurung Cekak Musang, samping ikat pinggang dan destar. Wanita memakai Baju Kurung bersulam, kain sarung dan tekuk dada serta pakaian kepala 'tengkuluk' .
  • Lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Baju berwarna hitam dihiasi sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana berkaki lebar, sisamping kain tenun sutera dan destar atau saluak. Wanita memakai Baju Kurung bersulam benang emas motif buluh rebung, tekuk leher baldu bertekat dan penutup kepala 'tengkuluk'
  • Baju Kurung Cekak Musang sutera bunga tabur dipakai selengkapnya bersama kain samping, bengkung dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah
  • Pakaian adat Minangkabau. Bajunya dari kain baldu atau satin yang berbenang emas atau perak motif buluh rebung dan bunga-bunga kecil. Tanduk kepala dari selendang kaku tenunan benang emas berhias kida-kida. Tekuk leher dari baldu juga berbenang emas
  • Baju Sikap baldu hitam berhias renda emas dipadankan dengan samping songket sarat dan destar.
  • Pakaian wanita Minangkabau dari broked yang diberikan sentuhan baju moden masih menggunakan tekuk leher. Dipakai dengan kain sarung songket bunga penuh ikatan ombak mengalun
  • Baju Kurung sutera corak bunga tabur dipadankan dengan kain moden potongan tindih kasih. Hiasan dada tekuk leher bersulam dan penutup kepala ikan broked.
  • Baju Kurung Moden dipadankan dengan tekuk leher dari songket berhiaskan rerambu benang emas. Penutup kepala dari kain broked diperindah dengan benang emas juga.
  • Baju Kurung satin bersulam benang emas atau perak. Pakaian asal wanita Minangkabau dan Palembang yang dipadankan dengan kain songket. Tekuk leher dari baldu bertekat benang emas dan penutup kepala juga dari songket atau broked.
  • Baju Kurung Cekak Musang pakaian adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan samping bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.
  •  Baju Sikap yang lazim dipakai oleh bangsawan dan pembesar Negeri Sembilan dahulu. Dilengkapi dengan samping, bengkung dan destar corak tapak catur dan samping songket jong sarat . Pakaian upacara pembesar dari Sumatera Barat. Baju Kurung Teluk Belanga tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar .
  • Pakaian lelaki biasa dari keturunan Minangkabau. Baju leher berbelah tanpa kancing, samping kain tenun dan celana besar bagi pergerakan yang cepat. Pakaian upacara wanita Minangkabau yang diberikan sentuhan moden. Baju dan selendang dari songket yang dilengkapi dengan tekuk leher bersulam labuci dan 'tengkuluk' berhias kida-kida. 


                  




BAJU KURUNG SARAWAK.

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

            



SUMBER .

BIBLIOGRAFI :

GAMBAR :

MAKLUMAT :

  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Temenggung


1 comment: