APA ITU PEMIKIRAN ?


Apa itu "pemikiran " ? Pemikiran ialah sesuatu yang bergantung kepada anggota badan iaitu otak .
Segala bentuk pemikiran atau idea itu terhasil daripada gabungan sel-sel otak yang berhubung dengan baik.

DEFINISI PEMIKIRAN

Mengikut John Barell ( 1991 ) pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha mencapai keputusan yang wajar .

KONSEP PEMIKIRAN

Proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran ASOSIATIF :

Imaginasi yang tidak tetap dan tidak berarah.

PEMIKIRAN BERPANDU :

Memahami masalah dan sedar objektif yang harus dicapai.




PEMIKIRAN KRITIS :

Pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik ( menyeluruh) dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dengan berfikiran secara logik.


Ciri-Ciri Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain.



1)konsisten

Pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak  berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah.

2)Logikal

Logikal merujuk kepada logik. Logik akan menentukan sejauh mana  sesuatu itu benar atau tidak dan ia bergantung kepada akal iaitu otak.

3)Analisis

Analisis bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu.



6)Kritikal


Kritikal bermaksud menimbang. Seperti contoh menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam kemahiran pemikiran kritis.

Akhir sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak berat sebelah iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Pemikiran yang bersifat tidak berat sebelah ini membolehkan individu itu berfikiran secara rasional dan waras dalam membuat penilaian tentang sesuatu perkara.

BIBLIOGRAFI  :
  • http://www.scribd.com/doc/25161947/Definisi-Pemikiran#scribd    


 
 
 

APAKAH UNSUR YANG PERLU ADA DI DALAM SEBUAH PEMENTASAN TARIAN KONTEMPORARI

 PENGENALAN .

       
ISADORA DUNCAN

Isadora Duncan merupakan orang yang bertangunggjawab dalam terciptanya tarian kontemporari ini atau " Contemporary Dance" . Beliau digelar sebagai " Mother of Modern Dance ".

Biografi lanjut tentang beliau boleh dilihat di sini :

 http://www,isadoraduncan.org/the-foundation/about-isadora-duncan .

Tarian kontemporari adalah satu genre tarian yang berkembang pada abad kedua puluh pertengahan dan telah berkembang menjadi salah satu genre dominan untuk penari secara rasmi dilatih di seluruh dunia, dengan populariti kukuh terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Walaupun pada asalnya dimaklumkan oleh dan pinjaman dari klasik, moden, dan gaya jazz, dan kini telah datang untuk menggabungkan unsur-unsur dari banyak gaya tarian.


  • Oleh kerana persamaan teknikal, ia sering dianggap sebagai berkaitan rapat dengan tarian moden, balet dan lain-lain gaya tarian konsert klasik. Dari segi fokus teknik yang, tarian kontemporari cenderung untuk menggabungkan kerja keras yang kukuh dan dikawal balet dengan tekanan tarian moden di batang tubuh, dan juga menggunakan kontrak-release, kerja lantai, kejatuhan dan pemulihan, dan ciri-ciri penambahbaikan tarian moden. 

  • Perubahan tidak menentu dalam irama, kelajuan, dan arah sering digunakan, juga. Ia kadang-kadang juga menggabungkan unsur-unsur budaya tarian bukan barat seperti unsur-unsur dari tarian Afrika termasuk lutut bengkok, atau pergerakan dari kontemporari Jepun. 


" Contemporary dance is a break from classical dance which is Ballet ". In which the pioneers wanted to explore more away from the classical form the classical form by breaking the rules" .

Ini ialah pendapat daripada salah seorang pelajar tari yang mengambil ijazah tarian di Akademi Seni Warisan dan Kebangsaan ( ASWARA ) .  Gadis molek berketurunan cina ini yang mesra dipanggil SUKI  juga menjelaskan secara ringkas, 

 " There is no particular movement motif in this comtemporary dance because contemporary dance can include a very wide range of movements , and it depends on the choreographer ".


APAKAH UNSUR YANG PERLU ADA DI DALAM SEBUAH PEMENTASAN TARIAN KONTEMPORARI ?

Dari segi pementasan , tarian kontemporari antara unsur yang memainkan peranan penting ialah PENCAHAYAAN.  Selain pentas yang luas, pencahayaan merupakan element yang sangat penting dalam sesebuah pementasan terutama pementasan Tarian Kontemporari ini. Hal ini kerana setiap pergerakan yang dilakukan oleh penari dan dihiasi dengan pencahayaan akan menambahkan lagi keindahan pada sesuatu pergerakkan itu.


"As a lighting designer, Carter admits that she is constantly processing this kind of information. It all began when she was a dance student, and found herself becoming more interested in lighting pieces than choreographing them. And in the last 20 years, it's taken her to the forefront of a whole generation of designers who've taught dance audiences to see light in new ways. Carter, along with Michael Hulls, Guy Hoare and others, have made light do way more than simply make performers visible. They've made it a form of choreography in its own right."

Selain itu, pada pendapat saya sound juga merupakan element yang sangat penting dalam pementasan sesebuah persembahan tarian kontemporari atau pun tarian -tarian yang lain. Akhir sekali terdapat beberapa element yang lain iaitu kostum dan make up penari juga haruslah mempunyai kaitan dengan tarian ini. Hal ini kerana tarian kontemporari ini lebih menjurus kepada bercerita , oleh kerana itu kostum dan make up juga memainkan peranan penting dalam persembahan tarian jenis ini.                                              

                                 
Sedikit perkongsian tentang Tarian Kontemporari :


        



BIBLIOGRAFI .

  •  http://www.isadoraduncan.org/the-foundation/about-isadora-duncan
  • Pelajar ASWARA iaitu SUKI :
                                                         
            

             SUKI gadis yang memakai baju berwarna kulit  



JENIS BAJU KURUNG YANG TERDAPAT DI BEBERAPA NEGERI DI MALAYSIA


Baju kurung merupakan pakaian khas untuk kaum perempuan . Namun kewujudan baju kurung ini belum dapat dipastikan dari segi sejarahnya. Akan tetapi ,baju kurung dikaitkan dengan perkataan yang dipetik di Mesir iaitu ' djallabiyah '  yang membawa maksud ' baju longgar ' . Meskipun persoalan yang timbul tentang sejak bila baju kurung ini dipakai dan siapakah yang mula-mula menciptanya timbul namun apa yang boleh dipastikan pemakaian baju kurung ini telah digunakan di seantero Nusantara.

  • Archjadi Judi (1986), baju kurung telah diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun, potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang Arab zaman silam.

  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, mereka telah mempunyai baju kurung mereka yang tersendiri iaitu bajunya lebih singkat dan ketat. Namun reka bentuk baju itu dipercayai digubah oleh Tun Hassan Temenggung . Rekaan baju kurung yang digubah itu lebih pajang , labuh dan berleher bulat.

ANTARA CONTOH-CONTOH BAJU KURUNG : 

BAJU KURUNG JOHOR .


Baju kurung Teluk Belanga atau dikenali baju kurung johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar ketika baginda bersemayam di Teluk Belanga, Singapura sebelum berpindah ke Tanjung Puteri ( iaitu Johor pada hari ini ) . Baginda sultan telah mentitahkan supaya baju kaum perempuan hendaklah labuh hingga bawah lutut dan dan beralas leher halus dan tidak berkocek.

Terdapat pelbagai bentuk sulaman mata lalat tulang belut dan insang pari. Sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah bersetuju mengubah rekaan baju kurung itu mengikut Allahyarham Jaafar bin Haji Muhammad . Antara yang diguba pada baju kurung itu ialah ditambahkan kocek dan mengenakan kain bersusun di sebelah kiri.

Terdapat dua jenis baju kurung yang terdapat di johor iaitu Baju Kurung Teluk Belangan dan Baju Kurung Cekak Musang. Kedua - dua baju ini hampir sama namun mempunyai perbezaan dari segi jahitan. Selain itu , pada leher  baju Kurung Teluk Belanga hanya bulat manakala Baju Kurung Cekak Musang mempunyai kolar selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Potongan baju ini dipercayai menerima pengaruh dariIndia dan China.



BAJU KURUNG TELUK BELANGA




BAJU KURUNG CEKAK MUSANG








BAJU KURUNG MELAKA

Pakaian tradisional wanita Melayu Melaka pula selesa mengenakan baju kurung teluk belanga dengan mempunyai hiasan dada dihiiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci.






BAJU KURUNG PAHANG.

Baju Kurung Pahang atau dikenali sabagai Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahangadalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.








BAJU KURUNG KEDAH


Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar dan diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sireh. Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung. Kain sarung diikat ambak mengalur dan di masuk sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.









BAJU KURUNG PERAK

 Baju kurung perak ini sukar untuk dapat dilihat pada zaman kini. Baju kurung ini pada kebiasaanya pada zaman dahulu dipakai oleh puteri di perak. Reka bentuk baju ini juga berbeza daripada baju kurung yang lain kerana ia memakai seluar  dan sampin . Selain rekaan baju ini juga mempunyai persamaan dengan baju kurung cekak musang kerana mempunyai kolar. 









BAJU KURUNG NEGERI SEMBILAN


Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.

Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dihias pula dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera


  • Pakaian adat berasal dari Sumatera Barat. Lelaki berbaju Kurung Cekak Musang, samping ikat pinggang dan destar. Wanita memakai Baju Kurung bersulam, kain sarung dan tekuk dada serta pakaian kepala 'tengkuluk' .
  • Lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Baju berwarna hitam dihiasi sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana berkaki lebar, sisamping kain tenun sutera dan destar atau saluak. Wanita memakai Baju Kurung bersulam benang emas motif buluh rebung, tekuk leher baldu bertekat dan penutup kepala 'tengkuluk'
  • Baju Kurung Cekak Musang sutera bunga tabur dipakai selengkapnya bersama kain samping, bengkung dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah
  • Pakaian adat Minangkabau. Bajunya dari kain baldu atau satin yang berbenang emas atau perak motif buluh rebung dan bunga-bunga kecil. Tanduk kepala dari selendang kaku tenunan benang emas berhias kida-kida. Tekuk leher dari baldu juga berbenang emas
  • Baju Sikap baldu hitam berhias renda emas dipadankan dengan samping songket sarat dan destar.
  • Pakaian wanita Minangkabau dari broked yang diberikan sentuhan baju moden masih menggunakan tekuk leher. Dipakai dengan kain sarung songket bunga penuh ikatan ombak mengalun
  • Baju Kurung sutera corak bunga tabur dipadankan dengan kain moden potongan tindih kasih. Hiasan dada tekuk leher bersulam dan penutup kepala ikan broked.
  • Baju Kurung Moden dipadankan dengan tekuk leher dari songket berhiaskan rerambu benang emas. Penutup kepala dari kain broked diperindah dengan benang emas juga.
  • Baju Kurung satin bersulam benang emas atau perak. Pakaian asal wanita Minangkabau dan Palembang yang dipadankan dengan kain songket. Tekuk leher dari baldu bertekat benang emas dan penutup kepala juga dari songket atau broked.
  • Baju Kurung Cekak Musang pakaian adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan samping bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.
  •  Baju Sikap yang lazim dipakai oleh bangsawan dan pembesar Negeri Sembilan dahulu. Dilengkapi dengan samping, bengkung dan destar corak tapak catur dan samping songket jong sarat . Pakaian upacara pembesar dari Sumatera Barat. Baju Kurung Teluk Belanga tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar .
  • Pakaian lelaki biasa dari keturunan Minangkabau. Baju leher berbelah tanpa kancing, samping kain tenun dan celana besar bagi pergerakan yang cepat. Pakaian upacara wanita Minangkabau yang diberikan sentuhan moden. Baju dan selendang dari songket yang dilengkapi dengan tekuk leher bersulam labuci dan 'tengkuluk' berhias kida-kida. 


                  




BAJU KURUNG SARAWAK.

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

            



SUMBER .

BIBLIOGRAFI :

GAMBAR :

MAKLUMAT :

  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Temenggung